I LOve You Mr.mokk!! Only You Okeng! Winkwinkwink ^_^

Tuesday, 26 February 2013

"Aku Mohon Padamu"





    Ya Allah, kuatkan lah hati aku untuk hadapi hari2 yang mendatang. Aku dah tak kuat lagi dah. Aku masih lagi bertahan sampai sekarang. Sumpah aku memang tak selesa dengan keadaan sekeliling. Dengan semua orang. Aku tau macam mana perangai orang bila dibelakang aku. Tapi aku takpernah nak tunjuk yang aku sakit hati. Aku cuba nak jaga hati semua orang dengan elok. Aku tak pernah nak cakap benda yang tak elok dekat dorang.

    Hmm. Sumpah aku dah tak tahan sangat dah. Kadang depan aku baik tapi belakang aku, hmm. Hanya tuhan saja yang tau. Aku harap sangat doa aku termakbul. Aku dah takmau lagi dah dok sini. Aku still lagi bertahan sebab mak ayah aku. Tapi sekarang, dah tiba masa aku piker an hati aku sendiri. Sampai bila nak biar orang pijak kepala aku.

    Zaman sekarang memang susah nak jumpa kawan yang betul2 kawan. Setakat nak berhibur tu ramai sangat. Depan senyum tapi belakang.. Taktau lah napa sekarang ni rasa macam dah putus asa sangat2. Aku harap sangat yang aku an dapat sinar baru. Nak lari dari hidup yang sekarang ni.

    Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa2ku. Aku mohon padamu Ya Allah. Hmm, moga2 tuhan dengar doa aku. Aku bukannya saja2 nk wat macam ni, tapi semua bersebab. Aku bukan setakat nak lari dari kehidupan kat sini tapi Aku nak ubah hidup aku sekali. Aku dah takmau lagi dah hidup macam ni. Hidup macam orang yang tak ada pendirian agama. Aku nak mulakan hidup aku yang baru bila kat sana nanti. Sebab tu aku harap sangat doa aku termakbul. Aku nak mulakan sinar yang baru. Bukan lagi gelap hati macam sekarang. And nak berkawan dengan orang yang betul.

    Memang tak ada yang nak support aku, tapi aku bole lagi bantu diri sendiri. Aku mesti usaha jugak sampai bole. Dah sampai masanya untuk aku mengikut jalan petunjuk yang betul. Bukan terumbang ambing macam ni lagi. Ya Allah. Tolonglah aku. Aku mohon.

AminYaRabbalAlamin……

No comments:

Post a Comment