Ya Allah, kuatkan lah hati
aku untuk hadapi hari2 yang mendatang. Aku dah tak kuat lagi dah. Aku masih
lagi bertahan sampai sekarang. Sumpah aku memang tak selesa dengan keadaan
sekeliling. Dengan semua orang. Aku tau macam mana perangai orang bila dibelakang
aku. Tapi aku takpernah nak tunjuk yang aku sakit hati. Aku cuba nak jaga hati
semua orang dengan elok. Aku tak pernah nak cakap benda yang tak elok dekat dorang.
Hmm. Sumpah aku dah tak
tahan sangat dah. Kadang depan aku baik tapi belakang aku, hmm. Hanya tuhan
saja yang tau. Aku harap sangat doa aku termakbul. Aku dah takmau lagi dah dok
sini. Aku still lagi bertahan sebab mak ayah aku. Tapi sekarang, dah tiba masa
aku piker an hati aku sendiri. Sampai bila nak biar orang pijak kepala aku.
Zaman sekarang memang susah
nak jumpa kawan yang betul2 kawan. Setakat nak berhibur tu ramai sangat. Depan
senyum tapi belakang.. Taktau lah napa sekarang ni rasa macam dah putus asa
sangat2. Aku harap sangat yang aku an dapat sinar baru. Nak lari dari hidup
yang sekarang ni.
Ya Allah, kau makbulkanlah
segala doa2ku. Aku mohon padamu Ya Allah. Hmm, moga2 tuhan dengar doa aku. Aku
bukannya saja2 nk wat macam ni, tapi semua bersebab. Aku bukan setakat nak lari
dari kehidupan kat sini tapi Aku nak ubah hidup aku sekali. Aku dah takmau lagi
dah hidup macam ni. Hidup macam orang yang tak ada pendirian agama. Aku nak
mulakan hidup aku yang baru bila kat sana nanti. Sebab tu aku harap sangat doa
aku termakbul. Aku nak mulakan sinar yang baru. Bukan lagi gelap hati macam
sekarang. And nak berkawan dengan orang yang betul.
Memang tak ada yang nak
support aku, tapi aku bole lagi bantu diri sendiri. Aku mesti usaha jugak
sampai bole. Dah sampai masanya untuk aku mengikut jalan petunjuk yang betul.
Bukan terumbang ambing macam ni lagi. Ya Allah. Tolonglah aku. Aku mohon.
AminYaRabbalAlamin……

.jpg)







